Tuesday, February 10, 2015

My Diet Routine


My weight now is WORRYING ! I've tried many dieting methods and workouts. They were effective but banyak betul halangan. Bila dah turun sikit badan, mula la macam-macam. Dah nak kena masuk universiti la, kena balik rumah opah yang susah nak diet and workout ( sebab opah keep paksa me makan makanan yang dia masak banyak-banyak LOL ). Then bila dah dekat hostel susah la nak diet sebab jenis yang kalau makan sikit time yang kena belajar mesti migrain. Haiyaaa. Bab nak makan makanan fresh macam salad, buah, jagung etc. , fridge takdaaaaaa. Nak workout dalam bilik hostel kecik sangat, nak jog kat luar segan boys tengok-tengok -.-" Habih camnooo.. STRESS

Then 1 day i decided to buy a skipping rope dengan harapan dapat la ganti workout yang tergendala tu. Bila dah beli, bilik tak muat, tersangkut-sangkut skipping rope. Then roommate nak lalu susah. Hostel pulak jenis kawasan yang laki lalu-lalang memang tak laa nak lompat-lompat kat luar tu. Bergegar tanah sume hahaha. But seriously kat hostel paling susah nak jaga badan coz tak ada pilihan. Makanan sume masak guna minyak bertakung, goreng-goreng je. My weight increased drastically. Maybe sebab makanan je yang ada untuk relief stress.

Cuti sem ni kalau boleh nak reduce 3-5 kg. I may not look obese, my body maybe tak nampak gemuk, but the fact is BMI dah overweight. T^T Sobbssss. Why me, whyyyyy!!
Basically buat workout 2 kali everyday. Pagi lepas subuh sekali, Petang lepas asar sekali. But buat dalam bilik je. 

The morning workout, repeat 2 times.

The evening workout, repeat 2 times with 200x jump ropes.

Breakfast
Light breakfast is enough actually. Selalunya buat banana pancake, overnight oat with berries, banana peanut butter ( Yogood peanut butter spread without sugar ), and kalau buat sandwich mesti guna roti wholemeal + mashed boiled egg + some cherry tomatoes + salad ( without dressing ). For drink is warm lemon juice no sugar / infused water yang dah letak dalam fridge semalaman. Kadang-kadang susu HL pun okay.

Banana Peanut Butter ( Yogood no sugar ) Sandwich 

Overnight Oats
( 1 cup oats + low fat milk keep overnight in fridge then add fruits when serve )

Banana Pancake
( 2 tbsp pancake flour + mashed banana + 1 egg , blend all , pour on flat pan , when ready add blueberries on top. Honey is optional but just small amount. Done! )


Lunch
Depends on what my family want to eat that day, but it's better to cook steamed food than fried food. Nasi 3-4 sudu huhuuu. Lauk sikit-sikit tapi make sure sayur banyak.

Dinner
My post workout meal usually jagung rebus je la no butter and HL milk. Post workout meal biasa yang high in protein to reduce muscle sore ( Ni dari pendapat orang pakar )  Nyummm. Green tea is also good. Dinner is better to be taken paling lewat pukul 8. kalau malam just makan buah potong or sandwich / Paratha macam tu. 


Sooo that's it! Plain water mesti 3 liter or more sehari.  Bila la nak ada free time untuk kurus. Haih.

Saturday, February 7, 2015

Hati



Pernah rasa?
Rasa rindu waktu dulu.
Masa semua orang ketawa ikhlas. Masa semua orang ada untuk each other.
Pernah rasa tak?
Rasa nak kembali waktu semuanya lengkap.
Ummi, Abah, adik.
Waktu semuanya normal.
A normal family.
Pernah rasa nak kembali ke waktu kita semua gembira.
Tak cukup duit pun tak apa.
Yang penting senyuman mereka.
Pernah rasa nak ke sana balik?
Main basikal, main masak-masak, main patung Barbie.
Sambut hari jadi.
Waktu kita tak rasa kekok untuk lentok atas bahu Umi.
Waktu kita tak rasa segan untuk sandar dekat dada Abah.
Pernah rasa tak?
Pernah pejam mata, bayangkan indahnya waktu tu?
Sebelum semuanya jadi tak lengkap.
Sebelum umi bahasakan " Abah awak.." dan sebelum abah bahasakan " Umi kamu.."
Pernah tak kau rasa tak nak besar kalau kau tahu duit tu buat semua orang pentingkan diri sendiri?
Pernah tak rasa yang kau seperti beban sekarang?
Pernah tak rasa nak padam senyum fake semua orang,
dan gantikan dengan senyum ikhlas yang dulu?
Pernah?
Pernah tak rasa nak semua orang gather dan bergurau sama-sama.
Tanpa ada keutamaan yang dianggap lebih atas iaitu kawan-kawan
Pernah tak kau menangis sorang-sorang fikirkan semua tu?
Apa yang kau mampu buat..
Cuma diam.
Tenangkan hati sendiri.
Kau diam.. Kau tak nak cerita pada sesiapa pun.
Sebab kau tahu..Yang tak ada siapa faham.
Hati..
Sabar.
Allah ada.