Dah lama rasanya tak menulis ni. Busy dengan assignments, class and final exam and now I'm back! Lol. Anyways, bulan September nanti adik-adik degree baru akan masuk. I'm already second year senior! Yeayy! Sini akak ( Uishh akak dah wakaka ) ada nak share ilmu yang ada and some tips for new students macam awakk. Dah dapat tawaran masuk UMT dah? I bet you have. So baca elok-elok naa..

Okay yang dalam gambar tu is Dewan Sultan Mizan, tempat pendaftaran student baru nanti, dewan ni besar so tak payah risau panas or tak muat. Nanti akan ada kakak-kakak and abang-abang fasi tolong, so kalau ada pape tanya je dorang okengg. Lepas daftar nanti korang akan dapat kunci and bilik. Kalau family nak bawak masuk kereta dalam hostel memang sesak nanti, so fasi akan suruh korang angkat barang-barang bawak masuk van yang dorang sediakan and korang naik la sekali. Tapi van ada sikit je, and korang kena ikut turn. Soo ni tips akak, tak payah tercegat tunggu van. Muahahaha! Ehh betul la. Daripada berjanggut tunggu kan baik korang cari cara lain. Ajak parents bawak kereta pergi kat luar pagar pintu belakang, then angkat je barang-barang korang masuk dalam hostel. Baru cepat sikit and tak payah bergelumang dengan peluh-peluh dalam van bagai. And lagi 1, akak pakai tshirt dengan jeans je masa daftar. Hahaha. Kenapa? Sebab dye tak state pun kena pakai formal. Kalau pakai baju kurung dengan nak angkut segala barang lagi matilanakk XD. Ini up to you la nak ikut ke tak haha. After that baru ada orientasi. Lagi 1 tips, nanti masa makan korang akan dapat tray makanan, then after makan korang kena basuh sendiri and senior akan check bersih or tak. Kalau tak bersih ulang balik basuh tray tu. So, ambik la tray besi sebab senang bersih, elakkan ambik tray plastik ya! Eh dah ke lain pulak. haha okay back to the track.
CHECKLIST.
Mesti ada yang tak pernah duduk asrama sebelum ni kan. Untuk kesenangan awak, akak tolong list kan barang-barang yang awak kena bawak. :)
1. Toiletries : Toothbrush, toothpaste, shampoo, conditioner, pad, pantiliner, towel, shower cream, baldi, gayung, softener, brush, detergent.
2. Documents : Surat tawaran, sijil lahir, salinan IC, sijil berhenti sekolah, sijil SPM, sijil koku, xray, sijil-sijil yang perlu, (semua yang universiti perlukan).
3. Personal items : Tshirts (long sleeve and loose for muslimah), baju harian ( bilik, class, sports attire), kasut ( sport shoes, toilet slipper, sandal, kasut bertutup ), cadar, bantal ( Bantal mesti bawak tau, kitorang tak dapat bantal pun hahaha. bawak extra okeh ), telekung, sejadah, tudung, baju kurung, baju melayu (for guys), makeup, sweater, selimut, Quran, etc.
4. Stationery : Pencils, pens, notebook, A4 paper, Foolscap paper, file ( sectional file untuk isi lecture note nanti ), etc.
5. Barang elektrik : Water heater, iron, printer (optional, kalau ada lagi senang), laptop, phone, chargers, mp3 (optional), earphone/ headphone, phone, etc,
6. Makanan : biskut, megi, air 3 in 1, sudu, garfu, mangkuk/ tupperware/ pinggan/ mug/whatever korang nak bawak
7. Tikar coz if yang dapat hostel lama tu tikar tak ada ye, simen je. Nanti sejuk huhu.
8. Bakul sampah kecik, penyapu, penyodok, kain buruk (optional).
9. Wrapping paper ( untuk alas dalam locker. yang ni optional but preferable)
10. Air freshener, deodorant, perfume ( to maintain your hygiene, takmo busuk2 naa.)
11. Paling penting bawak payung and kasut crocs sebab musim tengkujuh biasanya akan banjir.
12. Then add la yang mana rasa perlu.
* Kalau rasa2 ada basikal and nak bawak pun boleh. Ramai yang bawak basikal sebab class jauh. Kalau tak ada or tak nak bawak pun takpe, ada shortcut. :)
Some info about BIODIVERSITY.
As a brief, Biodiversity ni study of alam sekitar. Study about nature. Everything around us la. Macam plants, ocean, wetland, animals, atmosphere, water, everything. And this course is really interesting sebab kita dapat belajar semua benda yang orang lain tak tau. It's not a study of human health, it's a study of how everything happens in our nature. Bukan promote tapi memang best tau, tak tipu. Haha. Besides, course ni agak senang bagi yang gila Bio macam akak, even yang tak gila pun boleh buat. Untuk pencinta haiwan lagi best, sebab course ni banyak main dengan haiwan and plants. Kalau ikutkan nak score senang je, dekan pun boleh, tapi kena rajin. Tu je hihi.

About fieldwork, korang akan banyak get into natureeeee! Contoh macam pantai, pulau, hutan, wetland macam tu. Gambar-gambar kat atas tu fieldwork kat Sungai Terengganu. And lagi satu, new subject dalam course ni is SCUBA DIVING! Bertuah la korang sebab batch akak is the first batch of BioD yang dapat belajar Scuba, and then followed by korang and the next batches. So dah boleh start survey swimming suit for yang takde lagi tu.
Class untuk first year tak berapa busy berbanding courses lain. Kiranya kita ni lepak sikit la. But jangan lepak sangat okay, study tetap jalan ( ujar kakak senior yang bajet rajin kuikui ). Lecturer pun ramai yang okay, tapi still ada yang a bit tegas but overall okay jee. Maybe akan dapat a few lecturers yang foreigners, boleh la feeling-feeling study overseas lol.
UMT Facilities.
1.
VAN - Boleh naik van pergi and balik class, 50 sen sorang. Kalau nak outing pun boleh naik, harga depends pada berapa jauh nak pergi and berapa orang. Lagi ramai dalam van lagi murah.
2.
JALAN BIAWAK - Jalan ni actually jalan shortcut yang banyak biawak haha. But tak payah takut sebab biawak kecik-kecik yang banyak, biawak besar akan melintang tengah-tengah jalan kadang-kadang je and kalau nasib baik akan jumpa Godzilla. Just kidding ( krik2 lawak hambar)
3.
KEDAI MAKAN - Tak perlu risau mati kebulur sebab area hostel ada 2 cafe and dekat luar UMT belakang hostel ada banyaaaakkkkkk kedai makan yang sedap-sedap sumpah. Bab makan excited jap haha.
4.
LIBRARY - Sangat besar, 2 tingkat, semua reference book ada, senang cari buku sebab ada sistem untuk cari, banyak computer untuk student, banyak tempat untuk korang pilih ( Private single seat, group seats, sofa, bilik untuk group discussion
5.
KOMPLEKS SISWA - Bangunan kompleks siswa ni ada banyak kemudahan untuk students. Bookstore, kedai baju, salun, kedai runcit, kedai computer, kedai phone, kedai photostat/ printing/ laminating/ binding, kedai spec, bakery, petshop, macam-macam lagi la. And then kat sini jugak ada Pusat Kesihatan untuk students dapatkan rawatan, Dah tak perlu nak pergi klinik kerajaan kat luar macam kat matriks or sekolah dulu, kat dalam ni dah ada. Just bawak kad matriks je. Pusat Kesihatan ni jugak ada banyak kemudahan macam wad, weighing scale and chart untuk check BMI, machine check blood pressure, banyak kerusi urut Ogawa huhu yang ni paling best, and counseling session.
6.
CIMB ATM AND COUNTERS - CIMB Bank jugak ada dalam Kompleks Siswa, so senang nak withdraw duit bila dah pokai nanti. Counter pun ada untuk korang buat urusan kat situ.
7.
SWIMMING POOL AND RUNNING TRACK - Kalau ada yang ambik course swimming or SCUBA Diving, korang akan ada lesson kat sini. Memang besar and dalam pools ni so tak boleh masuk suka-suka hati, only allowed when you have instructors with you. Pasal track takpe, bila-bila masa pun boleh guna. Ramai yang jogging sini malam-malam.
8.
GYMNASIUM - Untuk abang-abang sado and awek-awek gym, I know this is your heaven haha. Gym ada dalam Pusat Sukan sebelah track and swimming pool.
9.
OTHERS - Courts sukan, Hostel, Tempat korang collect parcel poslaju, masjid UMT, surau in every buildings, air-conditioned kompleks kuliah, kereta sewa, etc.
Some Info About The Area.
Okay, kepada adik-adik yang dah biasa tinggal negeri lain, jangan menangis pulak bila datang sini nanti. I know some of you akan cakap
" Hah? Class start hari Ahad? What a life?? Ahad tu hari untuk chill beb."
Takpe, lama-lama nanti korang akan biasa bila dah ramai kawan yang sekepala haha. Dah biasa nanti boleh adapt. Okay what start class ahad, khamis dah habis class dah 😂.
First of all, tempat outing. Kat Kuala Terengganu hanya ada Mydin and Giant. Ada satu mall yang baru buat dekat belakang bus station KT, nama dia Paya Bunga Square. Ada Mydin mall baru jugak dekat Tok Jembal, lagi dekat dengan UMT but still kena ada transport.
Facilities untuk balik cuti ada Station bus KT and Airport. Train belum ada lagi.
Fast food restaurant ada MCD, KFC, Pizza Hut, A&W, Burger King. Restaurant lain macam The Chicken Rice Shop, Restoran Ayam Penyet, and banyak lagi. Paling best seafood goreng tepung dia, seriously korang wajib try nanti.
Tempat hang out setakat ni ada karaoke. Bowling and cinema takdee. Kalau nak jugak, kat Kemaman ada dalam Mesra Mall but 2 hours perjalanan.
For family, ada banyak hotel and homestay area KT and Kg Tok Jembal. Pandai-pandai la cari yang okay.
Stadium, yang girls selalu pergi stadium sebab kadang-kadang ada vendor festival kat situ. Rajin-rajin check okay.
Other attraction is Pasar Payang, Chinatown, and Laman Seni which is similar as Lorong Seni kat Seksyen 7 Shah Alam, so boleh la korang ber photoshoot kat sini macam gambar bawah ni haha.
Yang lain just pantai belakang UMT boleh lepak-lepak petang-petang, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, etc. Yang paling best kat Terengganu ni is makanan dia yang korang mesti try. At first I thought seafood goreng tepung dia kena makan dengan nasi, but just ratah and cicah dengan sos dia errmmm nyum!. Paling popular is dekat kedai Pok Nong, dekat je dengan UMT which is sangat murah, sangat fresh and sangat sedap.
Okay, I think that's all yang akak boleh tolong. Harap segala info ni membantu. Tahniah sebab terpilih masuk UMT and jangan sedih kalau ini bukan pilihan korang. Allah knows the best for you, and percayalah yang korang akan enjoy ada kat sini. Learn to appreciate okay, sebab apa yang Dia tentukan tu adalah yang terbaik untuk korang. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya kat comment section below okay! Selamat berjaya!