Saturday, November 4, 2017

Sebab Allah Sayang

Hi semua. Dah 2 tahun Qylla tak update blog ni. Rindu pulak nak tulis lagi. Harap-harap ada lah yang baca. Hee.

Baru-baru ni abah kesayangan Qylla baru meninggalkan dunia ni. Pada umur abah 55 tahun, tepat-tepat lepas Qylla dan adik habis belajar. Rasa cepat sangat abah tinggalkan kami. Tak sempat kami nak balas jasa abah. Kali terakhir Qylla jumpa abah masa abah datang Gambang hari raya haji 1 dan 2 hari bulan 9. Qylla tengah practical kat sana waktu tu, Qylla dah cuba mintak cuti raya. Tapi tak diluluskan. Jadi abah pun datang jumpa Qylla hari raya tu. Macam tak percaya itu kali terakhir Qylla dapat jumpa abah, peluk abah, makan-makan dengan abah, pergi jalan-jalan dengan abah, cium abah.

15 hari bulan 9 petang Qylla dapat call daripada atuk Qylla di Puchong, atuk kata abah accident. Abah dalam wad bedah masa tu, mampu berdoa je. Qylla terus balik ke Puchong, dan malam pukul 1 Qylla sampai TBS terus dapat whatsapp yang abah dah meninggal. Tuhan je yang tau betapa hancurnya hati Qylla masa tu. Qylla terus datang Hospital Sungai Buloh. Bila tengok abah masa tu, speechless... Bayangkan orang yang hari-hari whatsapp kita, hari-hari manjakan kita, call kita, tiba-tiba dah tak ada lagi dalam dunia ni. Yang ada depan mata cuma jasad, abah dah tak ada.

Syukur Qylla dapat tengok jasad abah, syukur Qylla dapat mandikan abah, syukur Qylla dapat solatkan abah, bacakan yassin untuk abah, iringi jenazah abah, dapat cium abah, pegang tangan abah yang selalu genggam tangan Qylla. Syukur.. Ada orang lain lagi yang tak berpeluang buat semua tu untuk arwah parents mereka. Rahmat Allah terlalu besar.


Abah suka sangat makan dekat Seoul Garden :')

Lepas abah meninggal, macam-macam masalah yang Qylla terima. Masalah keluarga. Manusia, bila di atas kita lupa. Bila di bawah baru kita beringat. Qylla sedar mungkin apa yang berlaku ni sebab Allah nak ingatkan Qylla supaya jangan hanyut dengan dunia, jangan hanyut dengan rezeki yang dia beri, jangan kufur nikmat.

Bila orang yang paling kita rapat sendiri tuduh kita macam-macam, buat conclusion yang kita ni macam-macam yang teruk, padahal kita tak berniat sampai macam tu, kecewa dia tak boleh nak luahkan dengan kata-kata. Kita berusaha, orang tak pandang. Orang akan terus cakap kita jahat.

Orang yang kita sayang tuduh kita buat jahat dekat dia, fikir teruk-teruk pasal kita. Kita berusaha untuk jaga hati yang sebelah sini, yang sebelah sana marah kita, buang kita. Jaga hati yang dekat sana, yang dekat sini cakap kita tikam belakang. Nak menangis pun dah penat, sampai tak tau dah apa sebenarnya yang kita rasa. Allah je yang tahu apa yang ada dalam hati kita.


Berharap pada manusia, manusia akan mati, akan tinggalkan kita. Berharap pada Allah, Dia tak penah tinggalkan kita. Cuma kita yang selalu tinggalkan dia. Tapi penyayangnya Allah tu, banyak kali kita jauh dari dia, dia tetap panggil kita semula, tetap maafkan kita. Kalau kita nak tahu apa yang Allah nak cakap pada kita, bacalah Al-Quran dan terjemahan dia. Betapa penyayangnya Allah, permulaan Quran pun dimulai dengan Bismillah. Maksudnya 'dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang'. Lembutnya Allah dengan kita.



Apa-apa pun yang kau hadapi
Apa-apa pun yang orang fikir tentang kau
Walau bagaimanapun orang lain membenci kau
Hanya kau dan Allah yang mengerti
Kau boleh menangis, boleh luahkan pada manusia
Tapi jangan sesekali berharap pada manusia
Berharap hanya pada ALLAH, Percaya hanya pada ALLAH
Hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati kita
Baik buruk kita
Niat kita
Hanya Dia yang maha mengetahui
Allah yang mencipta hati kita
Allah yang menggerakkan hati kita
Allah yang menggerakkan hati mereka juga
Sebab apa Allah izinkan mereka melukakan hati kita?
Sebab apa Allah izinkan semua ni berlaku pada kita?
Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
Mungkin kesedihan ini adalah jalan yang membawa kita kepada bahagia
Mungkin juga membawa kita ke syurga
Allah uji kerana sayang
Sabarlah, Allah ingin jumpa kita di syurga :)


Semoga abah tenang di sana. Semoga Allah jaga abah dengan penuh kasih sayang. Al-fatihah untuk abah.

No comments:

Post a Comment