Saturday, February 7, 2015

Hati



Pernah rasa?
Rasa rindu waktu dulu.
Masa semua orang ketawa ikhlas. Masa semua orang ada untuk each other.
Pernah rasa tak?
Rasa nak kembali waktu semuanya lengkap.
Ummi, Abah, adik.
Waktu semuanya normal.
A normal family.
Pernah rasa nak kembali ke waktu kita semua gembira.
Tak cukup duit pun tak apa.
Yang penting senyuman mereka.
Pernah rasa nak ke sana balik?
Main basikal, main masak-masak, main patung Barbie.
Sambut hari jadi.
Waktu kita tak rasa kekok untuk lentok atas bahu Umi.
Waktu kita tak rasa segan untuk sandar dekat dada Abah.
Pernah rasa tak?
Pernah pejam mata, bayangkan indahnya waktu tu?
Sebelum semuanya jadi tak lengkap.
Sebelum umi bahasakan " Abah awak.." dan sebelum abah bahasakan " Umi kamu.."
Pernah tak kau rasa tak nak besar kalau kau tahu duit tu buat semua orang pentingkan diri sendiri?
Pernah tak rasa yang kau seperti beban sekarang?
Pernah tak rasa nak padam senyum fake semua orang,
dan gantikan dengan senyum ikhlas yang dulu?
Pernah?
Pernah tak rasa nak semua orang gather dan bergurau sama-sama.
Tanpa ada keutamaan yang dianggap lebih atas iaitu kawan-kawan
Pernah tak kau menangis sorang-sorang fikirkan semua tu?
Apa yang kau mampu buat..
Cuma diam.
Tenangkan hati sendiri.
Kau diam.. Kau tak nak cerita pada sesiapa pun.
Sebab kau tahu..Yang tak ada siapa faham.
Hati..
Sabar.
Allah ada.

No comments:

Post a Comment